Pakistan buka ruang udara 4 Mac
Agensi
Mac 1, 2019 18:46 MYT
Mac 1, 2019 18:46 MYT
KERAJAAN Pakistan akan mula membuka ruang udara negara itu bermula 4 Mac bermula ham 1 petang waktu tempatan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
Penutupan itu diumum pada Rabu selepas ketegangan hubungan dengan India meletus pasca siri berbalas serangan di kawasan sempadan pertikaian, Kashmir.
Sehubungan itu, Pakistan juga akan membuka kembali operasi penerbangan komersial menjelang Isnin.
Malah sesetengah lapangan terbang di negara itu juga akan memulakan separuh operasi pada Jumaat.
Ia melibatkan lapangan terbang di Karachi, Islamabad, Penshawar dan Quetta.
Pakistan pada Khamis umum setuju memulangkan tahanan juruterbang pesawat pejuang India sebagai tanda perdamaian.
Langkah penutupan ruang udara Pakistan itu menyaksikan berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa terutama dari Asia ke Eropah terpaksa dibatal atau dilencongkan.
Antara penerbangan yang terpaksa membatalkan penerbangan adalah Thai Airways, manakala penerbangan yang melencongkan laluan mereka ke Eropah termasuk Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Emirates serta Qatar Airways.
#India
#Jaish-e-Mohammad
#Juruterbang tentera India dibebas
#Juruterbang tentera India ditahan
#konflik Pakistan India
#Nuclear war
#Pakistan
#perang dua kuasa nuklear
#Perang nuklear
#pesawat
#Tahanan tentera India
#tentera