Pakistan: 19 terbunuh ekoran kejadian pengebom berani mati

Astro Awani
Disember 31, 2012 23:32 MYT
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas bas yang mereka naiki dirempuh pengebom berani mati di wilayah Mastung, Baluchistan, barat daya Pakistan.
Suspek dikatakan memandu sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan.
25 yang lain dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut .
Kesemua penumpang tersebut merupakan jemaah haji yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Menurut saksi, penyerang yang memandu sebuah kereta itu merempuh bas dengan muatan 43 jemaah sebelum ia meletup.
Serangan terhadap puak Syiah terus meningkat sejak tahun lalu.
Baluchistan sering menjadi sasaran utama penyerang.
Puak syiah merangkumi 15 peratus daripada 19 juta penduduk Pakistan.
#baluchistan #mastung #Pakistan #pengebom berani mati #puak syiah
;