Pakej rangsangan pandemik dunia mampu pulihkan perubahan iklim

Astro Awani
Oktober 16, 2020 08:00 MYT
Matlamat paling penting dalam Perjanjian Paris adalah membendung kenaikan suhu global pada 1.5 darjah Celsius. - Gambar hiasan
DUNIA akan kembali ke landasan betul dalam hal memulihkan isu perubahan iklim dengan melaburkan satu per 10 daripada 12 trilion dolar pakej rangsangan untuk pandemik.
Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan pada Khamis, ini dapat mengurangkan kebergantungan pada bahan bakar fosil.
Dengan pakej rangsangan yang mewakili kira-kira 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Global (GDP) atau tiga kali komitmen selepas krisis kewangan 2008, para saintis berpendapat dana tersebut penting dalam merealisasikan Perjanjian Paris 2015.
Saintis iklim di Imperial College London, Joeri Rogelj berkata saranan berkenaan sangat rasional dan bukan hanya menjaga ekonomi namun menyusun semula ekonomi untuk bersedia pada masa depan.
Matlamat paling penting dalam Perjanjian Paris adalah membendung kenaikan suhu global pada 1.5 darjah Celsius.
Ini dapat mencegah bencana yang jauh lebih buruk seperti kebakaran hutan, taufan, ribut dan banjir.
Dunia dapat mulai mencapai sasaran tersebut jika kerajaan menggunakan dana satu per 10 daripada pakej rangsangan yang dirancang untuk menyokong projek mesra iklim.
Ini termasuk projek tenaga boleh diperbaharui atau kecekapan tenaga setiap tahun selama lima tahun akan datang.
Pelabur awam dan swasta juga perlu melabur dalam sektor bahan bakar fosil dari unjuran 1.1 trilion setiap tahun dalam rancangan iklim sedia ada menjadi hampir 800 bilion dolar untuk mulai mendorong ekonomi global ke arah pembebasan karbon sifar menjelang 2050.
#GDP #Paris #Imperial College London #Joeri Rogelj #pakej rangsangan untuk pandemik #Perjanjian Paris 2015
;