Pakej cadangan EU tidak lindungi kepentingan Iran dalam perjanjian nuklear - Rouhani

Bernama
Julai 6, 2018 04:27 MYT
Hassan Rouhani bercakap pada satu sidang media di Vienna, Austria, 4 Julai, 2018. REUTERS
Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, pakej yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah (EU) tidak melindungi kepentingan Iran dalam perjanjian nuklear atau Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
"Malangnya, pakej yang dicadangkan itu tidak mempunyai ukuran praktikal dan strategi khusus untuk kerjasama," katanya menerusi perbualan telefon dengan Kaunselor Jerman, Angela Merkel pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut berita yang memetik agensi berita Iran (IRNA ) itu, seorang pegawai dilaporkan berkata, pakej tersebut merangkumi "beberapa peraturan umum mengenai komitmen EU yang dibuat sebelum ini."
-- BERNAMA
#Angela Merkel #EU #Hassan Rouhani #Iran #JCPOA #Jerman #Kesatuan Eropah #komitmen #nuklear #Pelan Tindakan Komprehensif Bersama #perjanjian #presiden