Pakar psikologi bantu bawa lari pesakit mental berbahaya ditahan polis
Agensi
Mac 28, 2018 10:25 MYT
Mac 28, 2018 10:25 MYT
POLIS menahan seorang pakar psikologi selepas wanita itu membawa lari seorang pesakit mental yang berbahaya daripada Hospital Arkansas, Amerika Syarikat.
Pakar psikologi, Michelle Messer, 41 tahun didakwa membantu Cory Chapin, 46 tahun lari dari Unit Forensik hospital berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditemui di sebuah rumah di utara Las Vegas sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Clark County di Nevada.
Kedua-dua mereka melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Mazda 3S berwarna biru milik Messer, berdasarkan polis hospital.
Tiada laporan mengatakan kedua-dua mereka mempunyai hubungan romantik memandangkan Messer dikatakan mempunyai pasangan sama jenis, Judith Lewis dan tinggal bersama di Sherwood.
Pada 2014, Chapin berdepan beberapa pertuduhan termasuk penculikan dan penyalahgunaan dadah.
Chapin mendakwa, Tuhan memberinya arahan untuk menculik dan merogol wanita yang memotong rambut, Lovely County Citizen.
Dia didapati tidak bersalah dengan alasan mengalami masalah mental selain pada 2015 doktor mengatakan Chapin mempunyai masalah bipolar dan memerlukan rawatan bagi mengelak melakukan serangan.
Ini bukan kali pertama Chapin melarikan diri. Ketika dua hari 'bercuti' dari Arkansas untuk melawat bapanya pada Februari 2016, dia turut melarikan diri.
Dia ditemui semula pada Oktober 2017 di Las vegas sebelum dipindahkan ke hospital.
#Amerika Syarikat
#Cory Chapin
#Hospital Arkansas
#Las Vegas
#Michelle Messer
#Nevada
#pakar psikologi
#pesakit mental