Pakar bedah cacah nama pada organ pesakit didenda
APTN
Januari 13, 2018 11:38 MYT
Januari 13, 2018 11:38 MYT
SEORANG pakar bedah Britain yang mencacah namanya pada organ pesakit, ketika pembedahan pemindahan organ, didenda AS$13,600 dan diperintahkan menjalani hukuman perkhidmatan komuniti.
Simon Bramhall mengaku bersalah bulan lalu atas dua tuduhan serangan dalam kes yang disifatkan pendakwa raya sebagai 'yang pertama dalam undang-undang jenayah'.
Hakim Mahkamah Agung di tengah England, Paul Farrer ketika menetapkan hukuman itu memaklumkan, Bramhall menunjukkan tingkah laku profesional yang angkuh, hingga cenderung kepada kelakuan jenayah.
Bramhall menggunakan sejenis alat seperti pencacah laser, yang menutup pendarahan dengan rasuk elektrik, untuk mencacah namanya pada organ.
Pakar bedah berusia 53 tahun itu meletakkan jawatan di Hospital Queen Elizabeth, Birmingham pada 2014 sejurus selepas tindakannya itu diketahui seorang doktor lain.
Pihak hospital memaklumkan tindakan Bramhall bagaimanapun tidak memberi kesan terhadap pembedahan yang dijalankannya.
Di sebalik jenayah yang dilakukan Bramhall, salah seorang bekas pesakitnya menawarkan sokongan moral kepada Bramhall.
Ada kalangan mereka menyifatkan pembedahan dijalankan Bramhall berjaya menyelamatkan hidup mereka.