Paderi Katolik ditikam ketika siaran langsung di televisyen
Astro Awani
Mac 23, 2019 21:55 MYT
Mac 23, 2019 21:55 MYT
Seorang paderi Katolik ditikam dalam kejadian menggemparkan di gereja St Joseph's Oratory di Montreal, Kanada.
Dalam insiden yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Jumaat, paderi Claude Grou, 77, dilihat didekati seorang lelaki kulit putih dan bertindak menerkam sebelum menikam mangsa.
"Insiden itu berlaku terlalu pantas dan semua orang lari bertempiaran dan beberapa yang lain bertindak mengepung suspek.
"Dia tidak cuba bergelut atau melarikan diri ketika kami menangkapnya," kata saksi kejadian, lapor Sinar Harian yang memetik sumber media tempatan.
Menurut polis, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) dan seorang suspek lelaki telah ditahan pengawal keselamatan sejurus mereka tiba di lokasi kejadian.
Paderi itu dilapor cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Motif serangan masih disiasat.
#Claude Grou
#gereja St Joseph's Oratory
#kepung suspek
#lelaki kulit putih
#paderi Katolik
#serangan