Padah rakam aksi rogol, anggota polis dipenjara tujuh tahun
Agensi
Mei 19, 2018 08:56 MYT
Mei 19, 2018 08:56 MYT
Tindakan seorang anggota polis di United Kingdom (UK) merakam aksinya merogol seorang wanita mabuk membawa padah apabila dihukum penjara tujuh tahun.
Paul Rodgers, 29, menyunting rakaman tersebut bagi menggambarkan tindakannya itu dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Namun pihak polis mendakwa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri menyangka suspek adalah teman lelakinya berdasarkan rakaman asal yang jelas menunjukkan wanita itu menyebut nama seorang lelaki lain.
Rodgers bagaimanapun berkeras yang mangsa menyebut namanya di dalam rakaman tersebut dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol serta melakukan serangan seksual.
Suspek dipecat dan diarahkan mendaftar sebagai pesalah seks seumur hidup di Mahkamah Leicester Crown di Leicester, UK