Padah cuai, doktor tersilap gugur janin pesakit

Afiq Ariffin
September 24, 2019 15:06 MYT
kes dipercayai berlaku akibat kecuaian jururawat dan doktor yang tidak memeriksa status pesakit sebelum melakukan prosedur pembedahan. -Foto hiasan
Seorang doktor Korea Selatan disiasat ekoran kesilapannya menggugurkan janin seorang pesakit yang datang untuk suntikan kesihatan.
Menurut laporan CNN, kes dipercayai berlaku akibat kecuaian jururawat dan doktor yang tidak memeriksa status pesakit sebelum melakukan prosedur pembedahan.
Polis Gangseo memberitahu carta pendaftaran perubatan di klinik itu disusun secara gtidak teratur dan bercampur menyebabkan pihak klinik gagal mengenal pasti identiti pesakit dengan tepat.
Susulan kejadian, doktor dan jururawat bertugas telah ditahan untuk siasatan dan kes diusulkan ke pejabat pendakwa raya.
"Doktor dan jururawat telah mengakui kesalahan dan mereka kini didakwa atas kecuaian yang menyebabkan kemalangan nyawa," kata jurucakap polis.
Menurut agensi berita tempatan, pesakit itu sepatutnya menerima suntikan nutrisi pemakanan di klinik itu.
Namun, jururawat sebaliknya telah menyuntik mangsa dengan ubat bius tanpa mengesahkan identiti pesakit terlebih dahulu.
Malah, doktor bertugas juga melakukan prosedur pengguguran tanpa memeriksa daftar pesakit.
Pesakit dilaporkan tidak menyedari prosedur yang dijalankan ke atasnya.
#haram #jenayah #kemalangan #Korea #Korea Selatan #mangsa #perubatan #polis #siasatan #undang-undang #wanita
;