Padah berlaku curang, alat sulit bekas suami digunting hingga putus
Astro Awani
Julai 31, 2019 20:01 MYT
Julai 31, 2019 20:01 MYT
Seorang lelaki terpaksa menanggung penderitaan seumur hidup selepas keseluruhan alat sulitnya digunting bekas isteri hingga putus.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Lee, 58, dipercayai nekad melakukannya setelah mengetahui bekas suaminya curang dengan perempuan lain ketika mereka masih suami isteri.
Dalam kejadian yang berlaku di Hukou, Taiwan pada Rabu, Lee merancang tindakan kejam itu dengan berpura-pura mengajak bekas suaminya, Chen, 56, ke rumah untuk berasmara.
Ketika Chen melurutkan seluarnya, Lee pantas mengerat kemaluan bekas suaminya dengan gunting dan kemudian merendam alat sulit itu di dalam larutan asid sebelum membuangnya ke dalam tandas.
Chen berjaya melarikan diri ke dalam bilik air dan mengunci pintu sebelum menghubungi polis.
Pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian menemukan Lee dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah cuba membunuh diri dengan mengambil ubat tidur.
Chen dan Lee dikejarkan ke hospital, namun doktor yang merawat lelaki itu berkata kemungkinan besar alat sulitnya tidak dapat disambung semula disebabkan jangkitan kuman.
Bekas suami isteri itu bercerai sebulan lalu, namun Chen masih disara oleh Lee kerana tidak bekerja.