Padah bercinta dengan isteri orang di alam siber

Syafik Shukri Jalil
Disember 16, 2017 15:10 MYT
Bukan setakat dipukul, malah Liu turut diikat pada sebatang pokok di kawasan orang ramai. -Foto YouTube News Press
PELBAGAI kemungkinan boleh berlaku bila asyik bercinta di alam maya.
Di China, seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan 700 batu dari pusat bandar China ke Yunnan hanya untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Duan, yang dikenali menerusi satu aplikasi mencari pasangan di sana.
Namun, rancangan lelaki yang hanya dikenali sebagai Liu itu berakhir dengan mimpi ngeri apabila suami kepada kekasihnya itu muncul bersama beberapa rakannya.
Pertemuan yang diatur di Fuyuan itu bertambah parah apabila suami Duan dan empat rakannya bertindak memukul Liu.
Bukan setakat dipukul, malah Liu turut diikat pada sebatang pokok di kawasan orang ramai.
Aksi Liu dipukul suami Duan dan rakan-rakanya juga dirakam dan menjadi tular di China.
Suami Duan dilaporkan tidak mampu mengawal amarahnya apabila mendapat tahu isterinya secara rahsia bercinta dengan lelaki lain di alam maya.
Jadi pengajarannya, jangan sesekali bercinta dengan suami atau isteri orang ye.
#alam maya #China #Fuyuan #Kekasih #kekasih internet #pukul #Yunnan
;