Oscar Pistorius dipenjara enam tahun

Agensi
Julai 6, 2016 18:00 MYT
AKUR: Pistorius tunduk selepas Hakim Thokozile Masipa membacakan hukuman penjara terhadap dirinya di sini pada Rabu. - AFP Photo/POOL/ Marco Longari
Bintang trek Olympik, Oscar Pistorius dijatuhi hukuman enam tahun Rabu atas tuduhan membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp di kediamannya di sini pada 2013.
Hakim Thokozile Masipa menyenaraikan beberapa faktor pengurangan terhadap Pistorius untuk dipenjarakan kurang dari 15 tahun, termasuk alasan olahragawan paralimpik yang menyangkakan ditembak merupakan penceroboh.
"Hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh … ialah enam tahun penjara," kata Masipa.
Pistorius, 29, kelihatan memeluk ahli keluarganya sejurus selepas hukuman dibaca.
Beliau dibebaskan dari penjara pada Oktober lalu selepas menjalani hukuman setahun selepas beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, atau pembunuhan kerana kecuaian.
Pistorius menembak Steenkamp, seorang peragawati, pada ‘Hari Valentine’ tiga tahun lalu selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam.
.
Hukuman tersebut tidak bermakna episod Pistorius sudah berakhir, kerana beliau berkemungkinan membuat rayuan terhadap waktu penjara.
#intang trek Olympik #Oscar Pistorius dijatuhi hukuman enam tahun Rabu atas tuduhan membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp di kediamannya di sini pada 2013 #Thokozile Masipa
;