Oscar Pistorious dijangka bebas dari penjara

Agensi
Oktober 15, 2015 00:34 MYT
Atlet Olimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius dijangka akan dibebaskan dari penjara minggu depan setelah berada di dalam penjara selama setahun.
Atlet Olimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius dijangka akan dibebaskan dari penjara minggu depan setelah berada di dalam penjara selama setahun atas kesalahan membunuh teman wanitanya.
Namun dia dijangka akan kembali semula ke penjara.
Pistorious dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp dan kini layak untuk menjalani tahanan rumah setelah telah melalui satu per enam daripada tempoh hukumannya.
Pistorius pada mulanya dijadual akan dibebaskan pada bulan Ogos.
Tetapi, ia ditunda dengan campur tangan Menteri Keadilan sebelum lembaga parol pada Khamis mengumumkan bahawa dia akan dikeluarkan pada 20 Oktober.
Pendakwa raya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan pembunuhan tanpa niat, sebaliknya dia patut disabitkan atas kesalahan membunuh Reeva Steenkamp pada Hari Valentine pada tahun 2013.
Jikalau mereka menang kes itu yang dijadualkan akan bermula di Mahkamah Agung pada 3 November, atlet berusia 28 tahun itu boleh menghadapi sekurang-kurangnya 15 tahun di penjara.
Pistorious dikenali sebagai ‘Blade Runner’ dan menjadi perhatian umum setelah sertai temasya Olimpik London 2012 dan beraksi bersama atlet biasa.
#atlet #Oscar Pistorious #Reeva Steenkamp
;