Orang ramai tandatangani buku takziah di kedutaan

Astro Awani
Mac 6, 2013 07:26 MYT
Pejabat Kedutaan Venezuela di seluruh benua Amerika Latin dibuka kepada orang ramai yang ingin menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian mendiang Presiden Hugo Chavez.
Di Havana, Naib Presiden pertama Cuba, Jose Ramin Machado Ventura menandatangani buku takziah di Kedutaan Venezuela dan menyampaikan sokongan kerajaan Cuba kepada Venezuela.
Tegas beliau, Havana akan berbuat sedaya upaya untuk memastikan solidariti diantara rakyat Venezuela akan terus dipelihara.
Keadaan yang sama dapat dilihat di Bandar Mexico, Buenos Aires dan Lima dimana ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk melahirkan perasaan simpati mereka.
Masing-masing membawa kalungan bunga, mesej dan gambar Chavez sebagai tanda sokongan mereka kepada pemimpin berkenaan.
#bandar mexico #Hugo Chavez #Pejabat Kedutaan Venezuela
;