Orang ramai hadir beri penghormatan terakhir kepada mendiang Shinzo Abe
Astro Awani
Julai 12, 2022 10:54 MYT
Julai 12, 2022 10:54 MYT
TOKYO: Orang ramai dilihat beratur panjang di luar Kuil Zojoji di sini pada Selasa bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
Upacara yang berlangsung ketika ini bagaimanapun dipercayai hanya terbuka kepada kalangan pemimpin dan orang kenamaan.
Kerajaan Jepun dijangka mengadakan upacara memperingati mendiang yang terbuka kepada umum pada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Selesai upacara di kuil tersebut, jasad Abe dijangka dibawa menaiki kereta ke seluruh Tokyo yang dipenuhi dengan reben hitam serta bendera Jepun.
Kereta mayat akan mengelilingi Nagatacho di mana terletak beberapa mercu tanda kerajaan seperti bangunan parlimen pertama mendiang memasuki sebagai ahli politik pada tahun 1993.
Ia juga merupakan pejabat Abe sebagai perdana menteri dari tahun 2012 hingga 2020.
Abe, 67, ditembak dari belakang ketika sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya di Nara.
Mendiang dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter susulan kejadian namun disahkan meninggal dunia.