Orang ramai diberi peluang teroka fosil dinosaur
Astro Awani
Oktober 2, 2022 06:30 MYT
Oktober 2, 2022 06:30 MYT
LIGHTNING RIDGE: Sebuah bandar di New South Wales, Australia menganjurkan acara penggalian fosil dinosaur kepada penduduk tempatan.
Tidak lagi terhad kepada ahli arkeologi, pengalaman menggali dan mengenalpasti fosil zaman purba itu dirasai oleh pelbagai latar belakang masyarakat.
Para sukarelawan yang menyertai acara tersebut menghabiskan masa berhari-hari sebelum dapat menjumpai serpihan tulang yang dipercayai daripada rangka dinosaur.
Acara yang diadakan di Australian Opal Centre itu turut mengumpulkan penduduk dari Australia Barat yang berharap dapat meneroka kehidupan pada 100 juta tahun lalu.
Bagaimanapun jika ada sebarang penemuan istimewa seperti serpihan tulang atau gigi dinosaur ditemui, pihak Australian Opal Centre akan menyimpannya untuk tujuan penyelidikan.
Namun, pengalaman ini memberikan keunikan kepada pelajar dan anak muda yang tidak hanya mengetahui sejarah arkeologi menerusi buku teks di dalam bilik darjah, sebaliknya dapat turun sendiri ke lapangan untuk menyelami sejarah.