Orang kanan Abu Sayyaf antara tiga yang ditembak mati di Lahad Datu - Tentera Filipina

Agensi
Disember 10, 2016 21:23 MYT
Anggota kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Abraham Hamid turut dikatakan menjadi dalang kepada insiden penculikan beberapa warga asing dari pusat peranginan di Selatan Filipina. - Gambar hiasan
Tentera Filipina percaya pihak berkuasa Malaysia telah berjaya menembak mati salah seorang anggota kanan kumpulan militan Abu Sayyaf yang diburu, susulan insiden tembak-menembak di perairan Sabah.
Anggota terbabit yang dikenali sebagai Abraham Hamid turut dikatakan menjadi dalang kepada insiden penculikan beberapa warga asing dari pusat peranginan di Selatan Filipina tahun lalu, termasuk insiden memenggal dua dari mangsa culik.
"Kematian Hamid adalah satu tamparan buat kumpulan Abu Sayyaf kerana ia dapat menghapuskan salah seorang anggota penting militan dan melemahkan keupayaan keupayaan kumpulan itu untuk mengenal pasti mangsa culik di masa hadapan,” kata jurucakap tentera Filipina, Mejar Filemon Tan.
BACA: 3 lelaki dipercayai penculik ditembak mati di perairan Lahad Datu
BACA: Kerjasama dengan Filipina kenal pasti identiti mangsa culik - PM Najib
Selain Hamid, dua anggota militan lain turut ditembak mati oleh polis dalam insiden di Lahad Datu pada Khamis selain menahan dua lagi anggota kumpulan itu.
Seorang anggota keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai terkena tembakan.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kumpulan itu cuba melakukan penculikan di kawasan perairan antara Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu.
#Abraham Hamid #Abu Sayyaf #culik #luar pantai timur Sabah #pihak berkuasa Filipina
;