Operasi tentera AS di Afghanistan tamat

Astro Awani
Januari 12, 2013 00:15 MYT
Operasi tentera Amerika Syarikat di Afghanistan akan berakhir lebih cepat menjelang musim luruh ini.
Persetujuan dicapai selepas pertemuan Presiden Barack Obama dan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.
Menurut Obama menjelang peralihan itu tentera Amerika akan membantu tentera Afghanistan memantapkan khidmat mereka khususnya berhubung soal keselamatan.
Pengumuman disambut baik oleh Kabul.
Sebahagian 66,000 tentera Amerika di Afghanistan sepatutnya dipanggil pulang pada 2014.
Keputusan untuk diundurkan pada musim luruh adalah beberapa bulan lebih awal dari dijadualkan.
Sebelum ini mereka dijadual dipanggil pulang pada pertengahan 2013 sebagaimana dipersetujui pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO di Chicago tahun lepas.
Pertemuan Obama-Hamid di Washington adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak Obama dipilih semula pada pilihan raya presiden November lepas.
#Afghanistan #Amerika Syarikat #Barack Obama #Hamid Karzai
;