Operasi pembersihan di London pasca protes Black Lives Matter

Agensi
Jun 8, 2020 05:00 MYT
Anderson turut sama membersihkan kesan grafiti di patung arca bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill. - Reuters
Operasi pembersihan dijalankan di London pada Isnin pasca perarakan tunjuk perasaan yang menyokong gerakan Black Lives Matter.
Tunjuk perasaan diadakan ekoran kematian warga kulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang dikasari anggota polis.
Ribuan orang mengambil bahagian dalam demonstrasi pada Ahad di ibu negara Britain yang bermula berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.
Protes menyaksikan para penunjuk perasaan mencacatkan patung arca bekas perdana menteri Britain, Winston Churchill, dan semburan yang dicat 'rasis' di bawah namanya.
Patung lain yang berdekatan dengan Dewan Parlimen di Westminster juga dirosakkan.
Tunjuk perasaan pada Ahad yang diadakan berikutan kematian George Floyd di bandar Minneapolis pada bulan Mei kini kembali aman.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 12 orang ditangkap polis kerana melanggar perintah awam dan melakukan jenayah kerosakan semasa tunjuk perasaan pada hujung minggu lalu.
Sejumlah 14 pegawai juga cedera semasa pertempuran dengan penunjuk perasaan pada Sabtu.
#Black Lives Matter #George Floyd #London #rasis #tunjuk perasaan #Vandalisme #Winston Churchill
;