Susulan insiden meteor terhempas di kawasan pergunungan Ural Rusia, lebih 20,000 anggota dikerah ke lokasi bagi misi menyelamat dan operasi pembersihan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin.

Letupan berlaku ketika sebahagian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca dan objek lain.

Hempasan itu turut mengakibatkan gangguan sistem komunikasi.

laporan mendakwa sebuah kilang zink di kawasan berkenaan turut ranap.

Saksi-saksi memberitahu bahawa ketika kejadian, mereka terdengar bunyi letupan, melihat cahaya terang dan merasai gegaran.

Sebaik memasiki ruang bumi, meteor atau tahi bintang dapat dilihat sejauh 200 kilometer sebelum ia jatuh terhempas.

Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan.

bagaimanapun, tiada sesiapa tercedera di dalam insiden itu.

Tahi bintang yang terhempas di kawasan gunung Ural pada Jummat itu bergerak pada kelajuan 54,000km sejam.