Sekurang-kurangnya 260 pejuang Kurdish dan militan Daish dibunuh tentera Turki dalam serangan empat hari di wilayah Afrin yang dikuasai Kurdish, di barat laut Syria, kata tentera Turki dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Operasi udara dan darat yang digelar 'Olive Branch' itu telah membuka laluan baru dalam perang saudara pelbagai pihak di Syria dan dijangka boleh mengancam rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menstabil dan membina semula kawasan besar di timur laut negara itu, iaitu kawasan di luar kawalan Presiden Bashar al-Assad.
Washington membantu pasukan yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) untuk mengusir militan Daish di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, Presiden AS Donald Trump merancang untuk menghubungi Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan mengenai serangan berkenaan, menurut pegawai kanan AS.
Presiden Perancis Emmanuel Macron juga menyuarakan rasa tidak puas hati, beberapa jam selepas Menteri Luar Turki mengatakan ia mahu mengelakkan pertembungan dengan pasukan pemerintah AS, Rusia atau Syria semasa serangannya, namun akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk keselamatan Turki.
"Mengambil kira ketetapan keselamatan Turki, presiden menyatakan kepada rakan sejawatannya di Turki mengenai kebimbangannya selepas campur tangan ketenteraan yang dilancarkan pada Sabtu di Afrin."
Dalam pada itu, Erdogan memberitahu Macron, Turki telah mengambil semua langkah keselamatan bagi mencegah kecederaan orang awam dalam operasi Afrin itu, kata sumber di istana presiden.
Kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju untuk terus berhubung mengenai isu berkenaan.
Amerika Syarikat dan Rusia kedua-duanya mempunyai pasukan tentera di Syria yang menyokong pihak bertentangan dan meminta pengekangan pada 'Operasi Olive Branch' yang bertujuan menghancurkan YPG di wilayah Afrin dekat sempadan selatan Turki.
Agensi
Wed Jan 24 2018
Kelongsong peluru kelihatan berdekatan sebuah kenderaan tentera (APC) di sempadan Turki-Syria, di wilayah Hatay, Turki, 23 Jan, 2018. REUTERS
Pastikan projek dianugerahkan siap ikut masa ditetapkan
Jangan sampai saya turun untuk periksa jika projek bermasalah.
Itu ingatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap kontraktor projek-projek tebatan banjir di lembangan Sungai Sarawak.
Itu ingatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap kontraktor projek-projek tebatan banjir di lembangan Sungai Sarawak.
Pelaburan strategik Sarawak boleh jadi 'kemenangan berganda
Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berperndapat Rancangan Sarawak meningkatkan pegangannya dalam Affin Bank Bhd kepada sekitar 30 peratus daripada 4.8 peratus pada masa ini, boleh menjadi ‘kemenangan berganda’ dalam merealisasikan pulangan yang tinggi atau berpatutan daripada pelaburannya dalam bank itu.
Persiapan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak
Kerajaan wujudkan jawatankuasa Komuniti Madani untuk bantu rakyat
Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Penerangan mewujudkan Jawatankuasa Komuniti Madani di setiap kawasan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan memudahkan penyelesaian masalah rakyat.
Kerajaan pusat bina semula jambatan runtuh akibat banjir di Sabah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menempatkan tiga set jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) sepanjang 39 meter dan mampu menampung beban seberat 50 tan pada satu-satu masa. Kemudahan ini adalah langkah persediaan sekiranya wujud keperluan segera bagi menggantikan jambatan runtuh.
Hari Sarawak: Belia mahu kemakmuran negeri dinikmati bersama
Walaupun Sarawak sudah diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi, golongan belia negeri itu berharap nikmat itu turut dirasai rakyatnya sendiri, terutama melalui peluang pekerjaan kepada semua lapisan masyarakat dengan gaji bermaruah.
9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM
Polis telah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.
Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.
Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober
Pasukan khas akan meneliti secara keseluruhan sebelum membuat pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
Waspada ancaman pancingan susulan gangguan global CrowdStrike - CSM
Hati-hati jika terima panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau permintaan memuat turun kemas kini perisian.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.