Operasi menyelamat gua Tham Luang difilemkan

Agensi
Julai 12, 2018 13:54 MYT
Pasukan penyelamat ketika melancarkan operasi SAR di gua Tham Luang. -Gambar fail
Operasi menyelamat 12 remaja dan pembantu jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand akan difilemkan.
Sebuah syarikat produksi berpangkalan di Los Angeles dilapor telah memulakan temu bual dengan pasukan penyelamat Thum Luang bagi mengumpul maklumat awal.
Rancangan itu diumumkan rakan kongsi syarikat produksi filem, Pure Flix, Michael Scott di akaun Twitter miliknya.
Beliau berharap filem ini mampu memberi inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
Difahamkan juga syarikat itu sudah mengadakan perbincangan dengan pelakon dan penulis serta pelabur berminat untuk menerbitkan filem berkenaan.

#bola sepak #Chiang Rai #Michael Scott #operasi menyelamat #pasukan penyelamat #Pure Flix #Tham Luang #Twitter
;