Operasi mencari, menyelamat mangsa banjir di China dipergiatkan

Agensi
Ogos 13, 2020 17:53 MYT
Susulan hujan lebat tanpa henti selama tiga hari di provinsi itu, kerajaan mengisytiharkan amaran ribut pada peringkat merah. Foto: AP
OPERASI mencari dan menyelamat penduduk di provinsi Sichuan, China yang terkandas akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah itu dipergiatkan.
Sehingga kini, banjir tersebut meragut enam nyawa, lima lagi mangsa dilaporkan hilang manakala lebih 100,000 penduduk terjejas.
Susulan hujan lebat tanpa henti selama tiga hari di provinsi itu, kerajaan mengisytiharkan amaran ribut pada peringkat merah.
Ini merupakan peringkat merah pertama sejak tujuh tahun lalu.
Sementara itu, di bandar Guanghan, anggota bomba turut memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda sejak Selasa.
Bagaimanapun kerja-kerja memindahkan mangsa terpaksa dihentikan pada Rabu pagi susulan keadaan cuaca buruk.
Untuk rekod, banjir berrmusim melanda sebahagian besar China setiap tahun, terutama di wilayah tengah dan selatan, bagaimanapun taburan hujan bagi tahun ini adalah sangat tinggi.
#banjir #China #hujan lebat #lemas #Sichuan
;