Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam kerana kekurangan bahan api

Bernama
Jun 30, 2024 22:55 MYT
Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.
"Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi amaran bahawa hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen yang masih beroperasi akan berhenti berfungsi dalam masa 48 jam kerana kehabisan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator," kata kementerian itu di Telegram.
Pegawai juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dengan segera bagi menyediakan bahan api dan generator.
-- BERNAMA
#operasi hospital #Gaza #terhenti 48 jam #kekurangan bahan api
;