Operasi hari ketiga Lion Air JT610: Kawasan carian diperluas
Astro Awani
Oktober 30, 2018 23:15 MYT
Oktober 30, 2018 23:15 MYT
Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas pesawat Lion Air JT610 pada Selasa masih gagal menemui badan pesawat dan kotak hitam.
Antara halangannya, jarak penglihatan dalam laut yang terbatas.
Setakat tengah malam tadi, 37 beg jenazah telah diserahkan pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) kepada polis.
Selain itu, 52 barangan peribadi termasuk kad pengenalan, pasport milik mangsa dan pakaian milik pramugari, turut ditemui.
Operasi SAR pada hari ketiga hari ini bakal diperluaskan sejauh 400 batu nautika lagi.
Penyelamat meneruskan operasi walaupun ketika malam, atas arahan Presiden Joko Widodo.
Pihak berkuasa memaklumkan, tiada satu pun daripada jenazah yang berjaya dikeluarkan, dikenal pasti.