OpenAI dalam perbincangan dengan Broadcom untuk bina cip AI

Amanz
Julai 20, 2024 10:30 MYT
Mereka kini dalam proses membina cip AI sendiri bagi mengurangkan kos membeli perkakasan daripada pihak ketika seperti NVIDIA. -Amanz
OPENAI dilaporkan dalam perbincangan dengan Broadcom untuk membina cip AI yang diperlukan oleh mereka.
Mereka kini dalam proses membina cip AI sendiri bagi mengurangkan kos membeli perkakasan daripada pihak ketika seperti NVIDIA.
Sebelum ini pada bulan Januari, kami laporkan CEO OpenAI, Sam Altman telah melalukan pertemuan dengan syarikat-syarikat seperti Intel, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, Samsung Foundry dan SK Hynix untuk kerjasama pembangunan cip pemprosesan ini.
Sejak kebelakangan ini OpenAI mula mengambil bekas kakitangan Google yang terlibat dalam penghasilan cip Tensor yang digunakan pada pusat data AI.
Minggu ini CEO TSMC mengatakan isu bekalan cip AI dijangka kekal sehingga penghujung 2025. Lewat setahun daripada ramalan asal 2024.
Permintaan yang amat tinggi untuk cip AI NVIDIA yang menggunakan TSMC menyebabkan isu ini berlarutan lebih lama.
Kos membangunkan model AI yang lebih berdaya kuasa dan kompleks semakin meningkat.
Hanya beberapa syarikat mampu menelan kos pembangunan dengan kesemua syarikat AI masih belum menunjukkan pulangan modal. -Amanz
#OpenAI #Broadcom #NVIDIA #cip AI