OpenAI dalam perbincangan awal raih suntikan pelaburan lebih AS$100 bilion
Amanz
Disember 24, 2023 06:13 MYT
Disember 24, 2023 06:13 MYT
OPENAI telah sedia mencuri perhatian ramai sepanjang tahun 2023 ini, dengan penawaran seperti ChatGPT dan juga Dall-E.
Dalam usaha terus memperluaskan syarikat, kini OpenAI dilaporkan sedang dalam perbincangan awal untuk meraih suntikan pelaburan, menilaikan syarikat pada nilai melangkaui AS$100 bilion.
Ini sekali gus menjadikan OpenAI sebagai antara syarikat bernilai tinggi di dunia.
Pada hari ini, OpenAI sedia menerima suntikan dana yang tinggi daripada Microsoft – dan sejak daripada itu, pelbagai pembangunan telah dilakukan, termasuk integrasi ke Bing serta pelbagai produk Microsoft lain.
Selain pembangunan syarikat, OpenAI turut dikatakan sedang mengumpulkan dana untuk pembangunan cip memfokuskan kecerdasan buatan.
Langkah ini akan membolehkan OpenAI mempunyai alternatif untuk cip keluaran NVIDIA, sekali gus mengurangkan lagi kos operasi mereka. - Amanz