Oops! Pekerja Huawei terima padah, ucap selamat guna iPhone

Agensi
Januari 5, 2019 09:49 MYT
usaha memadamkan ungkapan itu sudah terlambat kerana telah tersebar dan dikongsi semula oleh pengguna laman sosial tersebut. - Foto Reuters
Nasi sudah menjadi bubur!
Dua pekerja syarikat telekomunikasi Huawei di Beijing, China terima akibat hanya gara-gara menghantar ucapan Selamat Tahun Baharu menerusi akaun Twitter rasmi syarikat itu menggunakan peranti pesaing, telefon jenama iPhone.
Akibat tindakan mereka itu, telah tersebar ungkapan 'via Twitter for iPhone'.
Namun usaha memadamkan ungkapan itu sudah terlambat kerana telah tersebar dan dikongsi semula oleh pengguna laman sosial tersebut.
Lapor agensi berita Reuters, satu memo dalaman telah dikeluarkan majikan mereka dan tindakan itu terbongkar apabila kedua-dua pekerja itu telah diturunkan pangkat selain gaji mereka dipotong.
Tindakan dikenakan berikutan usaha syarikat Huawei mendorong orang ramai menggunakan produk Huawei berbanding produk Apple, produk syarikat Amerika Syarikat (AS) itu.
Tahun lalu, Huawei mengatasi Apple dalam jumlah telefon yang diedarkan seluruh dunia, sekali gus meletakkannya di tangga kedua selepas syarikat Korea Selatan, Samsung.
#Amerika Syarikat #Apple #China #Huawei #iPhone #Korea Selatan #laman sosial #Samsung #Twitter
;