Omnibus Law: NGO sedia cabar keputusan Parlimen Indonesia
Agensi
Oktober 10, 2020 09:37 MYT
Oktober 10, 2020 09:37 MYT
JAKARTA: ‘Tercabar’ dengan kata-kata Presiden Indonesia, Joko Widodo, kesatuan pekerja dan kumpulan NGO Islam dilaporkan sedia mencabar undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) di Mahkamah Perlembagaan.
Langkah itu juga akan disertai beberapa pemimpin daerah.
Salah satu kumpulan kesatuan, KSPI, akan mengetuai proses perundangan berkenaan.
KSPI adalah antara penganjur protes besar-besaran selama tiga hari.
Selain itu, kumpulan NGO terbesar, Nahdlatul Ulama, turut umum tindakan sama.
Sehingga kini enam Gabenor Daerah sudah mengemukakan bantahan terhadap undang-undang tersebut.
Hampir 4,000 individu ditahan di seluruh negara kerana penglibatan dalam protes ganas.
Sementara itu, kesatuan perdagangan, KSBSI mendesak anggotanya menganjurkan satu lagi gelombang protes dari 12 ke 16 Oktober ini.
Protes membantah undang-undang baru itu semakin mengganas di ibu kota Indonesia, Jakarta.
Meskipun keadaan semakin teruk, Jokowi tetap mempertahankan keputusan itu.
#Joko Widodo
#NGO
#kesatuan pekerja
#cabar undang-undang cipta lapangan kerja
#mahkamah perlembagaan
#pemimpin daerah
#KSPI
#Nahdlatul Ulama
#Omnibus Law