Olimpik Tokyo: Kos rasmi selepas ditunda bernilai RM62.54 bilion
Agensi
Disember 22, 2020 22:19 MYT
Disember 22, 2020 22:19 MYT
TOKYO: Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah AS$15.4 bilion atau RM62.54 bilion.
Jelasnya kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat akan menanggung kos bagi pelaksanaan langkah-langkah semasa temasya itu nanti.
"Jumlah kos keseluruhan temasya itu adalah 1.64 trilion yen (AS$15.4 bilion). Jawatankuasa Sukan Olimpik tidak akan menanggung kos ekstra bagi langkah-langkah pencegahan COVID-19.
"Ia akan ditanggung oleh kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Pada masa sama, Muto turut memaklumkan jawatankuasa itu masih belum membuat sebarang persetujuan dengan tajaan domestik berkenaan lanjutan tajaan untuk temasya itu tahun depan.
Namun organisasi yang ingin menaja sudah memaklumkan kesanggupan mereka berbuat demikian.
Kos yang dibentangkan itu adalah 22 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas dan menunjukkan peningkatan berjumlah AS$2.8 bilion.
Ia dilaporkan akibat daripada pertukaran tarikh temasya itu termasuk berbincang semula kontrak dan langkah-langkah anti-virus.