OLAF Scholz tidak menunggu lama untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas dilantik sebagai Canselor Jerman.
Beliau akan mengetuai kabinet yang disertai 17 anggota, terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita.
Saiz kabinet baharu ini hanya bertambah seorang anggota, berbanding yang dibentuk Angela Merkel sebelum ini.
Karisma Scholz, Naib Canselor dan Menteri Kewangan semasa pentadbiran Merkel hanya menyerlah beberapa bulan lalu.
Beliau merupakan bekas Datuk Bandar Hamburg dan menjadi Menteri Buruh ketika berlaku krisis kewangan dunia 1998.
Berpengalaman luas dan seorang yang teliti selain menampilkan imej teknokrat, beliau tiada saingan lain semasa politik Jerman mencari pengganti Merkel sebelum ini.
Beliau dilihat berupaya membawa keluar Jerman daripada krisis khususnya selepas pandemik melanda dunia yang turut sama menjejaskan negara itu.
BACA: Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Kabinetnya dibantu kepakaran Robert Habeck, pemimpin bersama Parti Greens sebagai Menteri Ekonomi Dan Iklim, portfolio baharu yang dibentuk Scholz.
Habeck juga akan memegang jawatan Naib Canselor.
Christian Lindner, pemimpin yang pro-perniagaan daripada parti Free Democrats dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin Parti Greens, Annalena Baerbock menjadi wanita pertama di Jerman diangkat sebagai Menteri Luar.
Astro Awani
Wed Dec 08 2021
Olaf Scholz (kanan) memberikan jambangan bunga kepada bekas Canselor Angela Merkel ketika majlis penyerahan tugas di Berlin, 8 Dis, 2021. (Foto AP)
Polis sah terima laporan kehilangan Muhammad Nidza Afham
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.
Dakwaan ramai ahli Gagasan Rakyat masuk warisan adalah sebaliknya - ADUN Apas
Menafikan dakwaan Presiden Warisan Datuk Serr Mohd Shafie Apdal, ADUN)Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata cawangan Gagasan Rakyat yang kita tubuhkan di kawasan Apas sendiri adalah 183 cawangan dan mereka ini termasuk daripada bekas ahli dan pemimpin Parti Warisan di Bahagian Apas sendiri.
Sekretariat SMJ pantau senarai baharu miskin tegar
Angka 4,634 KIR ini adalah merupakan permohonan baharu yang berdaftar dalam sistem eKasih, tidak berdaftar dan perubahan status miskin kepada miskin tegar.
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki
Siasatan dakwaan pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor membabitkan syarikat milik suami Hannah Yeoh dijangka siap dalam tempoh terdekat.
4,520 anggota polis Indonesia kawal keselamatan lawatan Pope Francis pada Sept
Polis Indonesia bersedia mengerahkan 4,520 anggota bagi memastikan keselamatan lawatan Pope Francis ke negara itu dari 3 hingga 6 Sept.
Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan
Sembilan daripada 13 individu yang berdepan pertuduhan menculik lelaki warga Palestin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan - Abang Johari
Ia solusi terbaik bagi menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat di Sarawak.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Reezal Merican mula tugas rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini.