OIC ulangi gesaan dan pendirian henti pencerobohan Israel di Palestin

Bernama
Februari 6, 2024 14:20 MYT
Hissein menekankan keperluan bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara. - Gambar fail/Reuters
JEDDAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha mengulangi pendirian dan gesaan kepada masyarakat antarabangsa agar segera mengambil langkah berkesan menghentikan segala bentuk pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.
Semasa pertemuan dengan Duta Besar Jerman ke Arab Saudi Michael Kindsgrab, beliau menekankan keperluan bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara.
Kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan Palestin semasa mesyuarat pada Isnin.
-- BERNAMA
#Palestin #Israel #pertubuhan kerjasama islam #Hissein Brahim Taha #Gaza #oic
;