Obama: Undang-undang senjata api diperketatkan
Astro Awani
Januari 28, 2013 07:24 MYT
Januari 28, 2013 07:24 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mahu pasukan polis berikan kerjasama bagi melaksanakan pelaksanaan undang-undang baru senjata api yang lebih ketat.
Arahan berkenaan perlu dipatuhi khususnya anggota polis di tiga kawasan yang terlibat dengan insiden tembakan rambang.
Obama menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang akan mendapat keistimewaan atau berada di atas penguatkuasa undang-undang sewaktu mempengerusikan mesyarat di White House.
Antara pihak yang diminta memberi kerjasama penuh ialah pasukan polis Aurora, Colarado yang menyaksikan 12 terbunuh pada Julai lalu.
Selain itu, pihak polis di Newtown, Connecticut dan Oak Creek, Wisconsin juga tidak ketinggalan berikutan tragedi tembakan rambang yang mengorbankan 20 murid tadika dan enam dewasa.
Peraturan ketat dalam penggunaan senjata itu mendapat sokongan banyak pihak terutamanya golongan ibu bapa.
Mereka mendakwa, orang awam tidak sepatutnya memiliki senjata semi automatic yang biasanya digunakan pasukan tentera.