Obama, Netanyahu sepakat pertahankan hak Israel

Agensi
Mac 20, 2013 22:59 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu secara terbuka menegaskan mereka kini berkongsi matlamat yang sama untuk mempertahankan hak Israel dengan cara tersendiri.
Obama yang dalam rangka lawatan ke Asia Barat pertama selaku presiden turut menjelaskan kesukaran bagi kedua-dua negara sekutu itu untuk menilai sejauh mana kekuatan program nuklear Iran.
Namun beliau memberi amaran bahawa negaranya akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Israel.
Isu penggunaan senjata kimia di Syria turut menjadi perhatian beliau.
Pada masa sama mereka juga mengulangi ketegasan untuk menjayakan pendekatan dua negara bagi menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin.
Dalam pada itu kenyataan bersama Presiden Barack Obama dan Benjamin Netanyahu mendapat kecaman Palestin dan penganalisis Israel.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan kenyataan Obama itu hanya mengesahkan bahawa negaranya selama ini terbabit secara langsung dengan rejim Zionis.
Pegawai kanan Palestin, Hanan Ashrawi pula menyifatkan lawatan dan kenyataan Obama cukup jelas adalah semata-mata untuk meraih keyakinan Israel.
Sementara itu, Ketua Majlis Efrat, Odded Ravivi pula menyatakan bahawa Amerika sebenarnya tidak mahu Syria mempunyai seorang pemimpin seperti Bashar Assad.
Beliau juga berpendapat penyelesaian masalah antara Israel-Palestin dengan mewujudkan dua negara akan jadi lebih menarik dan akan menguji sejauh mana kredibiliti Obama.
#Barack Obama #Benjamin Nentanyahu #Iran #nuklear #Perdana Menteri Israel #Presiden Amerika Syarikat #Syria