Obama, Michelle bercuti di Bali
Israr Khalid
Jun 27, 2017 22:28 MYT
Jun 27, 2017 22:28 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kini berada di Bali, indonesia.
Beliau dan keluarga tiba di Indonesia, Jumaat lepas sebagai salah satu destinasi percutiannya selepas tidak lagi menduduki White House.
Obama menginap di Four Seasons Resort Bali di ubud sebelum mereka sekeluarga dilihat berakit di Sungai Ayung.
Pada Selasa, mereka muncul di khalayak untuk melawat kuil Tirta Empul.
Walaupun sedang bercuti, Obama dijadual berucap dalam Kongres Diaspora Indonesia di Jakarta pada 1 Julai nanti.