Obama benarkan serangan udara di Iraq

Agensi
Ogos 8, 2014 10:47 MYT
OBAMA: Kita akan bertindak dengan berhati-hati dan bertanggungjawab untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai - Foto AP
President Barack Obama pada Khamis mengumumkan untuk membenarkan serangan udara Amerika Syarikat ke atas Iraq.
Pada masa yang sama bantuan kemanusiaan dikurangkan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh pihak pelampau Islam terhadap golongan minoriti.
"Kita akan bertindak dengan berhati-hati dan bertanggungjawab untuk mencegah potensi berlakunya pembunuhan beramai-ramai" kata Obama merujuk kepada serangan terhadap golongan minoriti Yazidi yang dikepung.
"Oleh itu, saya membenarkan serangan udara disasarkan jika perlu untuk membantu tentera di Iraq kerana mereka berjuang untuk mematahkan kepungan dan melindungi orang awam yang terperangkap di sana" kata Obama.
Sama ada serangan udara sudah bermula ataupun tidak, belum dimaklumkan.
Namun Obama telah mula mengurangkan bekalan makanan dan air kepada penduduk Iraq yang sudah mula melarikan diri.
"Awal minggu ini, seluruh Iraq bersedih menuntut perhatian dunia, tidak ada satu bantuan pun yang datang. Hari ini Amerika datang untuk membantu," kata Obama.
"Apabila kita berhadapan dengan situasi yang begitu ramai rakyat tidak bersalah terlibat, apabila kita diminta untuk membantu ole hkerajaan Iraq sendiri serta apabila kita mampu untuk membantu, maka saya percaya bahawa Amerika Syarikat tidak boleh menutup mata” katanya.
Obama, turut memberitahu bahawa beliau tidak akan mengerahkan semula pasukan tentera darat ke Iraq.
"Sebagai Ketua Komander, saya tidak akan membenarkan Amerika terlibat dalam memerangi satu lagi perang di Iraq.
"Walaupun kita menyokong Iraq kerana sanggup menentang pengganas, tentera Amerika tidak akan kembali berperang di sana,” katanya lagi.
#Amerika Syarikat #Iraq #President Barack Obama #serangan udara
;