Obama batalkan latihan bersama Mesir

AFP
Ogos 15, 2013 23:14 MYT
Sebagai bantahan terhadap pembunuhan beratus-ratus penunjuk perasaan, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Amerika Syarikat telah membatalkan latihan ketenteraan dengan Mesir.
Dalam satu ucapan pada Khamis, Obama mengesa supaya pihak berkuasa tentera Mesir membatalkan darurat dan membenarkan demonstrasi aman.
"Walaupun kita mahu mengekalkan hubungan kita dengan Mesir, kerjasama tradisional kita tidak boleh diteruskan seperti biasa apabila orang awam sedang dibunuh di jalanan," kata Obama kepada pemberita di rumah percutian beliau di Vineyard Martha.
Obama berkata Amerika Syarikat telah memaklumkan Mesir bahawa latihan Bright Star telah digantung, latihan yang telah dijadualkan setiap dua tahun sejak 1981.
Sebelum ini latihan yang sama digantung pada 2011 ketika Mesir berada diambang pemberontakan yang menyaksikan Presiden Hosni Mubarak -sekutu rapat Amerika- digulingkan.
Latihan juga dihentikan seketika pada tahun 2011 ketika Mesir berada di ambang pemberontakan untuk menggulingkan bekas presiden Hosni Mubarak, yang juga sekutu rapat AS.
Mesir dilanda konflik -paling buruk sejak 2011- bermula pada 3 Julai lalu selepas presiden pertama negara tersebut yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi digulingkan pasukan tentera.
Obama ketika itu berkata bahawa Morsi "tidak inklusif" dan "bermungkinan juga majoriti" rakyat Mesir menentang pemimpin Ikhwan Muslim.
"Walaupun kita tidak percaya itu adalah cara untuk menyelesaikan perbezaan politik, selepas campur tangan tentera beberapa minggu lalu, masih terdapat peluang untuk perdamaian dan peluang untuk mengikuti jalan yang demokratik," kata Obama.
"Sebaliknya, kita telah melihat situasi yang lebih merbahaya yang diambil melalui penahanan sewenang-wenangnya, tindakan keras keatas penyokong Morsi, dan kini tragedi keganasan telah meragut nyawa beratus-ratus orang," katanya.
#Mesir #Morsi #Obama