'Oarfish' ditemui di perairan San Diego

Agensi
Ogos 17, 2024 18:02 MYT
Ikan tersebut yang ditemui mati terapung seterusnya dibawa ke darat dengan bantuan pakar marin untuk kajian lanjut. - Reuters
SAN DIEGO: Sekumpulan peserta aktiviti kayak dan penyelam di perairan luar pantai San Diego dilaporkan menemui seekor ikan naga laut atau 'Oarfish' sepanjang hampir 4 meter pada Sabtu.
'Oarfish' merupakan hidupan laut dalam yang jarang ditemui di perairan California.
Ikan tersebut yang ditemui mati terapung seterusnya dibawa ke darat dengan bantuan pakar marin untuk kajian lanjut.
Spesies unik itu dikenali dengan bentuk yang panjang mendiami zon mesopelagik laut dalam dan sering dikaitkan dengan mitos boleh 'meramalkan' kedatangan bencana alam.
Memetik Reuters, pihaknya mengesahkan lokasi tersebut berdasarkan ciri-ciri bangunan dan susun atur pantai yang sepadan dengan imej satelit, fail, dan jalan di kawasan tersebut.
Mengikut kepercayaan orang Jepun, ikan naga laut adalah utusan 'dewa laut' untuk memberi amaran kepada mereka bahawa bencana akan datang.
Ikan naga laut bersaiz besar, memanjang dan bentuknya seakan-akan belut.
Ia boleh ditemui di kawasan merangkumi zon laut sederhana dan zon tropika.
#California #Jepun #Oarfish #San Diego #ikan naga laut
;