Nyamuk jantan 'pikat' betina untuk hapuskan Zika
Agensi
Februari 9, 2018 05:53 MYT
Februari 9, 2018 05:53 MYT
Bahagian Pengurusan dan Kawalan Nyamuk Miami-Dade menggunakan kaedah baharu bagi memerangi agen pembawa virus Zika.
Jutaan nyamuk jantan pembawa bakteria dilepaskan di kejiranan di pinggir bandar Miami sebagai inovasi bagi membunuh nyamuk betina yang membawa virus Zika dan virus yang lain.
Nyamuk-nyamuk jantan pembawa bakteria Wolbachia yang dibiakkan di makmal akan mencari nyamuk betina liar untuk mengawan.
Wolbachia tidak berbahaya kepada manusia tetapi akan menghalang nyamuk betina daripada menghasilkan telur selepas mengawan sekaligus menghentikan pembiakannya.