Nuklear: White House tolak cadangan Rusia
Astro Awani
Oktober 16, 2020 07:41 MYT
Oktober 16, 2020 07:41 MYT
WHITE House menolak cadangan Rusia untuk melanjutkan perjanjian kawalan senjata nuklear tanpa syarat lebih ketat.
Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Robert O Brien menegaskan, ia bertentangan dengan cadangan Washington sebelum ini.
Amerika Syarikat (AS) meminta perjanjian kawalan senjata nuklear, yang dikenali sebagai Start, dilanjutkan selama setahun.
Sebagai pertukaran, Rusia dan AS akan menghentikan semua aktiviti penghasilan peledak nuklear selama setahun. Ini dianggap situasi menang-menang buat kedua-dua negara.
Namun, Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat menegaskan hanya boleh menerima lanjutan itu tanpa syarat.
Perjanjian Start dimeterai pada 2010 oleh Presiden AS, Barrack Obama dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev.
Ia mengehadkan kedua-dua negara kepada 1,550 peledak nuklear dan 700 peluru berpandu.
Perjanjian itu dianggap satu-satunya perjanjian kawalan senjata nuklear yang dimeterai selepas Moscow dan Washington menarik diri dari perjanjian Nuklear 1987.
#Barack Obama
#Vladimir Putin
#White House
#Rusia
#nuklear
#Robert O Brien
#start
#Amerika Syarikat
#perjanjian
#senjata
#syarat ketat
#peluru berpandu