Notre-Dame akan dibina semula seperti sebelum kebakaran

Agensi
Julai 10, 2020 16:38 MYT
Selepas kebakaran pada April tahun lalu yang menghancurkan sebahagian besar bumbung gereja itu, arkitek dijemput untuk mengemukakan cadangan memulihkan Notre-Dame. - Gambar REUTERS
Kerajaan Perancis memaklumkan gereja Notre-Dame di Paris yang musnah dalam kebakaran lebih setahun lalu akan dibangunkan semula hingga strukturnya kembali seperti sebelum tragedi kebakaran.
Kenyataan dari Istana Élysée berkata, Presiden republik itu, Emmanuel Macron memberi keyakinan penuh terhadap keperluan untuk memulihkan semula mercu tanda bersejarah negara itu sebaik mungkin.
“Presiden repbulik itu menjadi yakin bahawa keputusan untuk memulihkan Notre-Dame sebaik mungkin, menggunakan bahan dan perancangan yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Selepas kebakaran pada April tahun lalu yang menghancurkan sebahagian besar bumbung gereja itu, arkitek dijemput untuk mengemukakan cadangan memulihkan Notre-Dame.
Ahli perniagaan terkenal Perancis, François-Henri Pinault antara yang berjanji akan menyalurkan sumbangan dalam usaha untuk memulihkan semula bangunan ikonik itu.
Gereja Notre-Dame dibina sekitar kurun ke-12 telah dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun, selain turut menempatkan pelbagai karya seni berharga.
Projek pemulihan bangunan tersebut dijangka selesai pada 2024 - tahun Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
#Fran ois-Henri Pinault #Mercu tanda #Notre-Dame #Paris
;