Notepad pada Windows 11 bakal terima ciri bantuan menulis dengan AI

Amanz
November 7, 2024 11:50 MYT
Pengguna Microsoft 365 dan Copilot Plus di Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan, dan Thailand juga boleh menggunakan ciri Rewrite dengan kredit yang terhad. -Amanz
ERA kecerdasan buatan generatif sekarang cukup dahsyat. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang kini memudahkan orang ramai.

Ringkasan AI
  • Microsoft telah memperkenalkan ciri baharu dalam Notepad yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif untuk membantu pengguna menulis semula teks dengan pelbagai pilihan seperti memendekkan, memanjangkan, atau menukar tona bahasa.
  • Ciri Rewrite ini boleh diakses melalui menu klik-kanan, bar menu, atau kekunci Ctrl I, dan ia terhad kepada pengguna Windows 11 Insider di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman.
  • Pengguna Microsoft 365 dan Copilot Plus di Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan, dan Thailand juga boleh menggunakan ciri Rewrite dengan kredit yang terhad.

Terbaharu, Microsoft mengembangkan lagi penawaran teknologi kecerdasan buatan generatif mereka ke aplikasi Notepad.
Notepad sebelum ini telah diintegrasikan dengan ciri carian teks menggunakan Copilot. Ciri semakan ejaan turut telah diperkenalkan. Ciri baharu ini lebih menarik kerana ia boleh membantu pengguna menulis.
Rewrite adalah nama ciri yang boleh menulis semula teks dalam Notepad menjadi lebih pendek atau panjang, menukar tona bahasa dari santai ke formal, dan mengubah format penulisan.
Berdasarkan imej yang dikongsi oleh Microsoft, pengguna akan menerima beberapa teks yang dijana semula atau turut boleh menjana semula kesemuanya.
Rewrite boleh diakses dari menu klik-kanan, bar menu, atau juga menekan kekunci Ctrl + I.
Rewrite pada Notepad terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman yang menggunakan Windows 11 Insider.
Bagi pelanggan Microsoft 365 (60 kredit sebulan) dan Copilot Plus (kredit tanpa had) yang menggunakan Windows 11 Insider di Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan dan Thailand boleh menggunakan Rewrite dengan kredit yang terhad. -Amanz
#notepad #kecerdasan buatan #Windows 11 Insider #Microsoft 365
;