Normal baharu: Perlawanan bot naga diteruskan di Taiwan dalam keadaan berbeza

Agensi
Jun 25, 2020 21:43 MYT
Kejohanan bot naga yang diadakan di Dajia Riverside Park, Taipei hanya menghimpunkan 80 pasukan untuk bertanding. Foto: Reuters
Dalam fasa normal baharu menghadapi ancaman COVID-19, pelbagai perubahan disaksikan di seluruh dunia termasuk penganjuran kejohanan tahunan.
Begitu juga di Taiwan, antara kejohanan yang diteruskan tahun ini adalah perlumbaan bot naga yang menjadi acara paling dinantikan penduduk negara itu setiap tahun.
Kejohanan bot naga yang diadakan di Dajia Riverside Park, Taipei kali ini hanya menghimpunkan 80 pasukan untuk bertanding, berbanding ratusan sebelum ini.
Pihak berkuasa hampir membatalkan kejohanan tersebut susulan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, namun kelonggaran diberikan susulan trend penularan yang semakin menurun.
Bagaimanapun, penganjurannya pada Rabu dan Khamis dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Ia termasuk tiada penonton yang dibenarkan menonton secara langsung.
#bot naga #COVID-19 #kejohanan #Taipei #Taiwan
;