Nokia lancar enam model telefon bimbit baharu
Astro Awani
April 9, 2021 10:25 MYT
April 9, 2021 10:25 MYT
PEMILIK jenama telefon bimbit Nokia, HMD Global melancarkan enam model telefon bimbit Nokia.
Model ini disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah.
HMD Global turut mengekori trend Apple dan Samsung dengan tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.
Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700).
Ia dikumpulkan dalam 3 kumpulan, model 'C' untuk harga paling rendah, model 'G' untuk pertengahan dan 'X' untuk paling premium.
Antara fokus pemasaran model G10 dan G20 adalah bateri yang tahan selama tiga hari.
Model premium X20 turut mempunyai camera Zeiss.
Nokia, sebelum ini yang menduduki takhta pembuat telefon No. 1 dunia, menjual bahagian telefon bimbitnya kepada Microsoft pada 2014.
HMD Global kemudian mendapatkan hak mengeluarkan telefon bimbit dengan jenama Nokia pada 2016.
Telefon bimbit ini akan mula dijual pada Mei tahun ini di pasaran terpilih serata dunia.
#Nokia
#HMD Global
#model terbaharu
#Apple
#wayar pengecas
#fon kepala
#Zeiss
#G10
#G20
#Microsoft
#Samsung