Nokia Finland umum keluar dari pasaran Rusia
Bernama
April 12, 2022 17:04 MYT
April 12, 2022 17:04 MYT
MOSCOW: Gergasi telekomunikasi Finland, Nokia pada Selasa mengumumkan menarik diri sepenuhnya daripada pasaran Rusia susulan sekatan awal terhadap aktiviti penghantaran, perniagaan, penyelidikan dan pembangunan syarikat itu kerana operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.
"Kami tidak menganggap keputusan ini akan memberi kesan kepada keupayaan syarikat untuk mencapai prospek kewangan 2022," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Nokia Corporation, sebuah syarikat transnasional Finland yang mengeluarkan peralatan telekomunikasi untuk rangkaian mudah alih, tetap, jalur lebar dan IP.
Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine menyebabkan negara-negara Barat dan sekutunya bertindak balas dengan mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Rusia. Banyak syarikat asing memutuskan untuk meninggalkan negara itu.
-- BERNAMA