Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik

Amanz
Mac 16, 2024 11:45 MYT
Kerjasama ini dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak dan pada masa yang sama mengurangkan kos. -Amanz
Nissan dan Honda mengumumkan sedang pertimbang kerjasama strategik dalam arena kereta elektrik, terutamanya dalam penghasilan komponen untuk kereta elektrik, selain pembangunan kecerdasan buatan dalam platform automotif.
Kerjasama ini dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak dan pada masa yang sama mengurangkan kos.
Perjanjian persefahaman dimeterai dalam mengkaji kemungkinan kerjasama kedua-dua pihak ini.
Langkah ini juga dilihat diambil selari dengan peningkatan persaingan sengit oleh pengeluar China – membuatkan kedua-dua pesaing berasal dari Jepun ini bekerjasama.
Kerjasama kedua-dua pihak ini juga dijangka tidak terhad untuk pasaran Jepun sahaja, dan mungkin diperluas ke pasaran global sekiranya berjalan lancar.
Sebelum ini juga, kita sedia melihat beberapa pengeluar kenderaan terkemuka mengumumkan kerjasama dari segi platform dan pembangunan pintar – sekali gus mengurangkan kos yang ditanggung masing-masing.
Pada hari ini, pasaran kereta elektrik diterajui pengeluar dari China, selain pengeluar seperti Tesla. -Amanz
#Honda #Nissan #pembangunan kecerdasan buatan #platform automotif
;