Nippon Ishin menang besar dalam pilihan raya tempatan Jepun

Bernama
April 10, 2023 16:19 MYT
Nippon Ishin memenangi 124 kerusi dewan negara di 18 wilayah, berbanding 59 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya sebelum ini. - Gambar hiasan/ AP
TOKYO: Parti Inovasi (Nippon Ishin no Kai) memang besar dalam pilihan raya tempatan Jepun, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Isnin.
Pilihan raya tempatan berlangsung pada Ahad bagi memilih gabenor wilayah, datuk bandar dan ahli dewan negara dan majlis perbandaran.
Nippon Ishin memenangi 124 kerusi dewan negara di 18 wilayah, berbanding 59 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya sebelum ini, lapor Sputnik.
Di wilayah Osaka dan bandar Osaka, calon yang disokong Nippon Ishin memenangi lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan.
Parti Liberal Demokratik, parti yang memerintah memenangi 1,153 kerusi daripada 2,260 di seluruh negara dan calonnya menguasai hampir kesemua kerusi dewan negara kecuali di Osaka.
Pusingan kedua pilihan raya tempatan di bandar kecil, pekan dan kampung dijadual berlangsung pada 23 April.
-- BERNAMA
#Jepun #pilihan raya tempatan #Nippon Ishin #Parti Inovasi
;