Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus

Bernama
Ogos 5, 2024 17:12 MYT
Purata Saham Nikkei terbitan 225 ditutup dengan susut 4,451.28 mata, atau 12.40 peratus dari Jumaat kepada 31,458.42. - Gambar hiasan/ Reuters
TOKYO: Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah pada Isnin, menjunam lebih 4,400 mata dan jatuh lebih 12 peratus berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan yen, lapor Agensi Berita Kyodo.
Dolar AS merosot hampir lima yen dari akhir minggu lepas ke paras terendah baharu dalam tujuh bulan di zon atas 141 yen di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah dengan ketara pada September.
Purata Saham Nikkei terbitan 225 ditutup dengan susut 4,451.28 mata, atau 12.40 peratus dari Jumaat kepada 31,458.42. Indeks Topix yang lebih meluas jatuh 310.45 mata atau 12.23 peratus, kepada 2,227.15.
-- BERNAMA
#Jepun #Nikkei #bursa saham #prestasi buruk
;