Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Bernama
Januari 18, 2025 18:30 MYT
Januari 18, 2025 18:30 MYT
BUENOS AIRES: Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
"Sebagai sebahagian daripada peranan Brazil selaku pengerusi sementara BRICS, kerajaan Brazil pada 17 Jan mengumumkan penerimaan rasmi Nigeria sebagai negara rakan dalam kumpulan ini.
"Kerajaan Brazil mengalu-alukan keputusan kerajaan Nigeria," menurut kenyataan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
-- BERNAMA