Nicolas Maduro menang tipis pilihanraya

Agensi
April 15, 2013 20:54 MYT
Nicolas Maduro calon sosialis yang juga anak didik bekas Presiden Hugo Chavez menang tipis pilihan raya Presiden Venezuela.
Maduro menewaskan pemimpin pembangkang Henrique Capriles dengan mendapat 50.7 peratus undi berbanding Capriles 49.1 peratus undi.
Capriles pernah tewas kepada mendiang Chavez dalam satu pilihan raya tahun lalu.
Suruhanjaya pilihan raya Venezuela tidak menjangkakan keputusan seperti itu.
Pilihan raya presiden diadakan selepas Chavez pemimpin sosialis Venezuela meninggal dunia pada 5 Mac lepas.
80 peratus daripada 19 juta pengundi berdaftar di Venezuela keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam proses itu yang berlangsung pada Ahad.
Turut mengundi ialah 38 ribu warga Venezuela di Amerika Syarikat.
#Henrique Capriles #Nicolas Maduro #pilihanraya Venezuela #Presiden Hugo Chavez
;